Asri Janggut jumpa KPN di Bukit Aman

Iklan
Asri bertemu Abdul Hamid di Bukit Aman hari ini. - Foto FB Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR - Pemilik Hot Burger Malaysia, Asri Janggut yang mendedahkan mengenai kegiatan premis perjudian dan penjualan rokok haram di Sungai Buloh, Selangor Sabtu lalu, bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di Bukit Aman di sini.

Difahamkan pertemuan antara Mohd Asri Hamid, 42, dan Abdul Hamid itu berlangsung kira-kira jam 3 petang tadi.

Iklan
Iklan

Pertemuan itu turut dimuat naik di laman Facebook Abdul Hamid Bador sebentar tadi.

Selain Abdul Hamid, Asri juga dikatakan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di bangunan Parlimen.

Iklan

Sabtu lalu, Asri menerusi siaran langsung di laman sosial Facebook beliau mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar kawasan berkenaan dan tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar bagaimanapun berkata, pihaknya telah menerima dua laporan polis berhubung video berkenaan daripada Ketua Balai Sungai Buloh dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Iklan

Katanya, video yang tular di media sosial itu boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berniat cetus kontroversi, Asri Janggut mohon maaf...

SPRM siasat dakwaan pihak berkuasa lindungi premis judi haram

Polis cari pemilik akaun Facebook Asri Janggut