SHAH ALAM - Polis tidak akan memanggil pemilik dan pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut berhubung dakwaan yang dibuatnya pada Sabtu lalu mengenai kegiatan premis perjudian dan penjualan rokok seludup di Sungai Buloh, Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, Asri merupakan pemberi maklumat bukannya suspek yang memerlukan pihak polis merakamkan keterangannya.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Sepatutnya polis ucap terima kasih kepada saya'
"Saya telah arahkan polis Sungai Buloh tidak memanggil dia (Asri) kerana dia adalah pemberi maklumat. Bagi saya, sesiapa yang hendak buat laporan pun buatlah. Dia bukan orang kena tuduh mahu pun suspek, kita kena layan dia sebagai pemberi maklumat.