Wanita ada enam bulan untuk hidup

Iklan
Shannon terima rawatan di hospital. - Foto Mirror

ARKANSAS - Seorang wanita diberi masa enam bulan untuk meneruskan hidup setelah implan payudaranya bernilai £8,000 (RM43,738) pecah.

Shannon Plemons, 42, membesarkan payudaranya dari saiz B ke saiz D untuk tampil lebih yakin tetapi ternyata implan digunakan pada payudara hampir membunuhnya, lapor Mirror.

Iklan
Iklan

"Semasa melakukannya, saya tidak diberitahu risiko bakal saya hadapi dan tidak maklum bahawa implan ini penuh racun," katanya.

Menurutnya, selepas enam bulan selepas pembedahan, dia berasa sakit sendi yang kronik, migrain, rambut gugur, penglihatan dan pendengaran terjejas.

Iklan

"Rasa sakit itu sangat menyakitkan, saya berjuang untuk bangun dari tempat tidur tetapi tidak kuat. Saya fikir mati sahaja," katanya.

Sebaik menerima rawatan kecemasan di hospital berbeza, doktor mengatakan jika lewat menjalani pembedahan, dia mempunyai enam bulan sahaja untuk hidup.

Iklan

"Doktor memberitahu implan di payudara kirinya telah pecah. Jika tidak dibuang, saya boleh meninggal dunia.

"Nasib baik doktor dapat membuangnya dan saya berasa seperti hidup semula," katanya.

Ibu kepada anak berusia 15 tahun itu buat masa ini bergantung dengan ubat setiap hari kerana badannya dipenuhi toksin.