Kerajaan Johor rancang perluas skim sewa beli rumah

Iklan
Ayub (tengah) menyaksikan perasmian Majlis Pengundian Terbuka Secara Facebook Live Taman Legenda, Labis di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor merancang untuk memperluas skim sewa beli rumah berharga RM300,000 dan ke atas dalam usaha mengurangkan lebihan hartanah tidak terjual di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Ayub Jamil berkata, kerajaan negeri berharap skim tersebut dapat dilancarkan seawal-awalnya tahun ini.

Iklan
Iklan

"Skim ini akan memudahkan pembeli khususnya generasi muda dalam memiliki kediaman sendiri.

"Kita lihat ketika ini berlaku kelewatan penjualan rumah. Puncanya kerana pembeli sukar mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pengundian Terbuka Secara Facebook Live Taman Legenda, Labis di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, 46 unit kediaman Rumah Mampu Biaya Johor di Taman Legenda, Labis diserahkan kepada pembeli menerusi undian terbuka.

Iklan

Katanya, perbincangan berhubung perkara itu sudah dimulakan dan kerajaan negeri juga mengadakan perbincangan awal dengan dua buah bank.

"Sebagai contoh, bagi rumah berharga RM250,000, skim biasa pembeli perlu menyediakan kira-kira RM30,000 dan ini mungkin menyukarkan sebilangan mereka.

"Tetapi menerusi skim ini (sewa beli), mereka hanya perlu menyediakan kira-kira RM6,000 dan boleh mendapatkan kunci. Selepas beberapa tahun jika rekod pembayaran mereka baik, mereka boleh mendapatkan pembiayaan untuk membeli kediaman berkenaan," katanya.