Viral budak cedera otak, bukan kerana main gajet

Iklan
Seorang budak yang didakwa mengalami kecederaan otak kerana bermain gajet terlalu lama viral di media sosial.
SHAH ALAM - Tular sebuah video di media sosial, seorang kanak-kanak yang kononnya mengalami kecederaan otak kerana bermain gajet terlalu lama.

Video berdurasi 44 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang memegang gajet dilihat terhuyung-hayang, tidak mampu berdiri lurus dan tidak mampu membuat sesuatu kerja dengan sempurna sekali gus menimbulkan pelbagai dakwaan hingga mendakwa gajet menjadi punca.

Menurut sumber rapat keluarga itu memberitahu bahawa gajet bukanlah punca yang menyebabkan perilaku kanak-kanak itu menjadi sebegitu rupa sebaliknya berpunca daripada jangkitan serebelum (otak).

Iklan
Iklan

"Beberapa hari sebelum kejadian itu dia demam, jadi apabila dia bangun daripada tidur dia jadi macam ini.

"Dan ibunya rekodkan video ini sebab nak tunjuk kepada doktor, sekarang dia sudah keluar daripada hospital, kanak-kanak ini kena belajar jalan dan berlari semula kerana jangkitan, mohon jangan sebarkan kalau tak pasti sebab apa dia jadi macam ini," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Dalam pada itu menjelaskan lanjut mengenai tindakan ibunya memberi gajet kepada anaknya seperti dalam video berkenaan, katanya tujuannya adalah semata-mata untuk merakamkan perilaku anaknya itu bagi diberikan kepada doktor.

"Mak dia terpaksa bagi gajet kerana hendak pastikan dia bergerak bagi tujuan rakam keadaannya , bagi nak tunjuk dekat doktor kerana dia tidak tahu macam mana nak terangkan kepada doktor nanti," katanya lagi.

Iklan