Dua nelayan ditemui selamat selepas hanyut tiga hari

Iklan
Mangsa ditemui dalam keadaan selamat selepas dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. Foto: APMM Perak.

LUMUT - Dua nelayan yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui selamat oleh nelayan lain kira-kira 15.5 batu nautika barat daya Kuala Kurau di sini semalam.

Mangsa, Lim Ah Che Ong, 51, dan Teong Leng Huat, 52, dilaporkan hanyut selama tiga hari selepas bot mereka kehabisan minyak.

Iklan
Iklan

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, sebuah bot dari Zon Maritim Kuala Kurau terus ke lokasi dengan membawa bekalan minyak sebaik sahaja menerima laporan berkenaan.

"Bot mereka kemudiannya diiringi ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau sebelum kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk pemeriksaan kesihatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Terdahulu, Shahrizan berkata, pihaknya telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa menggunakan Kapal Maritim Tugau meliputi 130 batu nautika persegi dari Pantai Remis dibantu beberapa nelayan tempatan.

Menurutnya, nelayan dan komuniti maritim dinasihatkan memastikan bot dalam keadaan baik dan selamat sebelum memulakan aktiviti di laut.

Iklan