Perjawatan PDRM Kontinjen Kelantan, Perlis dinaik taraf

Iklan
Simbolik Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kelantan antara Hasanuddin (kiri) dan Shafien (kanan) yang disaksikan Abd Rahim di IPK Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU - Perjawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan dan Perlis akan dinaik taraf berikutan cabaran penugasan yang tinggi di sempadan negara.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, kenaikan itu melibatkan jawatan ketua polis, timbalan ketua polis, ketua-ketua jabatan dan ketua polis daerah serta pegawai kanan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi jawatan Ketua Polis Kelantan, berlaku kenaikan gred B kepada A manakala Perlis pula daripada C kepada B.

"Jika sebelum ini, Ketua Polis Kelantan berpangkat Deputi Komisioner, apabila dinaik taraf ke gred A akan menjadi Komisioner manakala di Perlis dari pangkat Senior Asisten Komisioner kepada Deputi Komisioner,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan simbolik Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kelantan antara Datuk Hasanuddin Hassan dan Deputi Komisioner, Shafien Mamat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Iklan

Shafein secara rasmi memulakan tugas sebagai Ketua Polis Kelantan menggantikan Hasanuddin yang dilantik sebagai Ketua Polis Kedah.

Turut berlangsung Majlis Serah Terima Tugas antara Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kelantan, Datin Farida Hanim Ruslan dan Zairihan Che Haron disaksikan Pengerusi Perkep Bahagian Pengurusan Bukit Aman, Datin Anikah Othman.

Iklan

Mengulas lanjut Abd Rahim berkata, selari dengan naik taraf perjawatan, tugasan dan perkhidmatan anggota dalam menjaga keselamatan negara juga perlu ditingkatkan dan akan dinilai prestasi dari masa ke masa.

"Penugasan mereka dari segi perkhidmatan dalam mengekang jenayah dan dadah nanti akan dipertingkatkan selaras dengan naik taraf perjawatan,” katanya.