Van polis langgar penghadang jalan konkrit

Iklan
Salah seorang anggota polis dibantu bomba di lokasi kejadian.

SEKINCHAN - Seorang anggota polis patah jari sebelah kiri manakala seorang lagi rakannya cedera ringan selepas van jenis Kia Pregio dinaiki mereka melanggar penghadang jalan konkrit di Kilometer (KM) 74 Jalan Telul Intan - Klang di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Lim Chee Khoon berkata, turut terbabit dalam kemalangan itu ialah seorang tahanan berusia 30 tahun yang luka pada bahagian kelopak mata.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kemalangan pada jam 2.15 petang itu berlaku apabila ketiga-tiga mereka dalam perjalanan dari Penjara Sungai Buloh menghala ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, pemandu van dipercayai cuba mengelak 'manhole' (lurang) dalam keadaan terbuka tetapi gagal mengawal kenderaan lalu melanggar penghadang konkrit," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Chee Khoon berkata, seorang lagi anggota polis berusia 27 tahun cedera ringan pada bahagian lutut, siku sebelah kanan dan dahi.

"Semua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk rawatan lanjut.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.