JOHOR BAHRU - Polis berjaya mematahkan cubaan penyeludupan arak dan rokok haram dalam operasi di empat lokasi berasingan sekitar bandaraya ini dan Yong Peng, Batu Pahat membabitkan nilai rampasan dianggarkan bernilai lebih RM14.4 juta.
Dalam serbuan kira-kira jam 1 hingga 3 petang Rabu lalu, seramai empat lelaki berusia 37 hingga 49 tahun turut ditahan.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, dalam keempat-empat serbuan itu, sejumlah 1,499 kotak rokok pelbagai jenama dan 596 kotak minuman keras pelbagai jenama dirampas.