KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air di 20 kawasan dalam wilayah Gombak dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9.30 pagi esok.
Ketua Komunikasi Korpogangguanrat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, gangguan itu adalah berikutan kerja-kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Gombak yang dijangka siap sepenuhnya pada jam 6.30 petang ini.
Iklan
Iklan
"Tempoh masa pemulihan bekalan air yang terjejas selama dua hari (hari ini dan esok) adalah berbeza mengikut kawasan terjejas dan lokasi premis pelanggan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, setakat jam 1.30 tengah hari tadi, status kemajuan kerja-kerja penambahbaikan di LRA Sungai Gombak telah mencapai tahap 77 peratus.
"Pihak hospital atau pusat dialisis yang memerlukan bantuan bekalan air boleh menghubungi talian 15300 atau WhatsApp ke 019-2816793 atau 019-2800919,” katanya.
Air Selangor akan memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com. - Bernama
Artikel Berkaitan