HASRAT pemberita sambilan, Muhammad Ekmal Hakim Abdullah mempertahankan kejuaraan acara boling perseorangan lelaki pada Para Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 tercapai hari ini selepas beliau menang dalam acara TBP7 (Cerebral Palsy - Berdiri).
Namun yang lebih membanggakan, kemenangan tersebut menghasilkan hatrik emas buat atlet Perlis berusia 25 tahun itu selepas memenangi acara sama pada temasya tahun 2012 di Pahang dan Sarawak pada 2016.
Pada temasya 2014 di Perlis acara boling tidak dipertandingkan dan Muhammad Ekmal Hakim menyertai acara 100 meter (m) serta 200m olahraga tetapi sekadar berpuas hati dengan tempat keempat.
Dalam acara hari ini, Muhammad Ekmal Hakim muncul juara setelah mengumpul 964 jatuhan pin, manakala pingat perak milik Muhammad Uthman Surur @ Arif dari Kuala Lumpur dengan 887 pin sementara gangsa dimenangi Roshelmi Hashim dari Perlis yang merekodkan 881 jatuhan pin.
"Saya sangat gembira kerana berjaya kekalkan kemenangan ini walaupun persembahan saya agak kurang memberangsangkan disebabkan pertukaran lorong setiap dua games," katanya.
Dalam pada itu, atlet lulusan Diploma Komunikasi Massa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka itu berharap kategori TBP7 dapat dipertandingkan di peringkat antarabangsa bagi memberi peluang kepada insan istimewa sepertinya mengembangkan bakat.
Beliau yang mengalami ‘kaki tempang’ akibat kelahiran pramatang, berkhidmat di Bernama Perlis sejak Mei 2017. - Bernama