KAFA dapat maklum balas positif

Iklan
Ahmad Muzakkir Hamid

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendapat maklum balas positif daripada pakar pelaburan, Norizam Tukiman, yang menyatakan kesediaan beliau menyelamatkan The Red Warriors, hasil pertemuan persatuan terbabit dengan individu itu di Kuala Lumpur semalam.

Naib Presiden KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, sepanjang pertemuan itu Norizam menunjukkan kesungguhan yang tinggi, untuk menyelamatkan masa depan pasukan itu.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti secara mendalam, selain kami tidak boleh mengeluarkan kenyataan lanjut sebelum keputusan terakhir dibuat.

"Kami minta penyokong memberikan sokongan dan doa, kepada usaha persatuan untuk membawa khabar gembira kepada bola sepak Kelantan, persatuan dan pasukan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Iklan

Sebelum ini sebuah akhbar melaporkan Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham, muncul sebagai individu terbaharu berminat membeli pasukan bola sepak Kelantan, namun meletakkan lima syarat untuk dipenuhi KAFA sebelum memulakan rundingan.

Antara syarat itu adalah KAFA perlu menunjukkan akaun semasa (audit), perancangan pasukan, struktur organisasi, pendapatan (aliran tunai) dan analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman).

Iklan

Ahmad Muzakkir berkata, KAFA akan terus bekerja keras bagi memastikan The Red Warriors tidak terkubur, daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada masa hadapan.

"Bola sepak sukan paling berpengaruh di Kelantan dan telah menjadi hiburan tradisi rakyat negeri ini, yang perlu dipertahankan,” katanya.