CIMB, PDB lancar Kad Kredit CIMB Petronas Platinum

Iklan
Samir Gupta (dua dari kiri) dan Khalil (tiga dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Setel Ventures Sdn Bhd (Setel), Iskandar Ezzahuddin pada majlis pelancaran Kad Kredit CIMB Petronas Platinum di ibu kota baru-baru ini.

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) bekerjasama dengan Petronas Dagangan Berhad (PDB) untuk melancarkan Kad Kredit CIMB Petronas Platinum dan Kad Kredit CIMB Pertronas Platinum-i.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB, Samir Gupta berkata, kerjasama memberi peluang kepada pemegang kad untuk menikmati penjimatan tambahan dengan rebat tunai sehingga 10 peratus untuk transaksi petrol melalui aplikasi Setel dengan baki minimum RM1,500.

Iklan
Iklan

Di samping itu, katanya, mereka juga dapat menikmati rebat sehingga lima peratus untuk transaksi petrol melalui transaksi kad di semua stesen Petronas di seluruh negara.

"CIMB menyambut baik kerjasama dengan PDB, dengan memperkenalkan Kad Kredit CIMB Petronas Platinum dan Kad Kredit CIMB Petronas Platinum-i.

Iklan

"Kerjasama ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak untuk mengembangkan penawaran produk, sekali gus memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri berkata, kad tersebut juga menawarkan pelbagai manfaat lain berkaitan auto antaranya diskaun penyelarasan kereta dan perkhidmatan pengimbangan roda, pewarnaan kereta perkhidmatan dan ansuran enam bulan sifar peratus pada pembaharuan insurans kenderaan.

Iklan