BEIRUT - Presiden Lubnan Michel Aoun pada Selasa berikrar beliau akan meneruskan siasatan terhadap insiden letupan di Beirut pada 4 Ogos, membunuh 171 orang dan mencederakan kira-kira 6,000 yang lain, lapor agensi berita Xinhua.
"Saya tidak akan berdiam diri dan tidak akan berhenti sehingga dapat mendedahkan semua fakta mengenai insiden itu; merujuk kejadian berkenaan kepada Majlis Agung Kehakiman merupakan langkah pertama," kata Aoun dalam satu kenyataan.