Tokoh media Hong Kong dibebaskan

Iklan
Jimmy Lai (tengah) dibebaskan dari balai polis Mong Kok, Hong Kong pada hari ini. - Foto AFP

HONG KONG - Tokoh media Hong Kong, Jimmy Lai dibebaskan dengan jaminan hari ini kira-kira 40 jam selepas dia dan beberapa pengkritik dasar-dasar China ditangkap polis.

Setelah Lai keluar dari sebuah balai polis, dia dikerumuni oleh sejumlah wartawan dan para penyokongnya sebahagian daripada mereka membawa akhbar Apple Daily bagi menunjukkan sokongan terhadapnya.

Iklan
Iklan

Lai tidak berucap di hadapan penyokongnya tetapi memasuki sebuah kereta yang terletak tidak jauh daripada para penyokongnya.

Bagi menunjukkan tanda solidariti untuk tokoh media itu, penduduk di bandar raya Hong Kong bertindak membeli akhbar Apple Daily semalam.

Iklan

Pihak penerbit akhbar itu menaikkan jumlah cetakan sehingga kepada 550,000 naskhah berbanding sebelum ini hanya sebanyak 70,000 naskhah.

Lai merupakan antara 10 orang yang ditahan berhubung undang-undang keselamatan kebangsaan yang baru pada Isnin lalu.

Iklan

Dia yang berumur 71 tahun ditahan atas dakwaan berpakat dengan pihak asing dan melakukan penipuan. - AFP