ALOR GAJAH - Kerajaan Melaka turut merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah, sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, rakyat negeri ini berasa sangat bersyukur dengan pelantikan itu memandangkan jiwa serta sikap baginda Sultan Pahang termasuk keluarganya yang sentiasa hampir dengan rakyat sekali gus menjadi satu kebanggaan buat rakyat Malaysia.