Terengganu lulus calon pilihan raya berusia 18 tahun

Iklan
Satiful Bahri Mamat

KUALA TERENGGANU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu telah meluluskan pindaan Enakmen Undang-undang bagi diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) 2020 yang membolehkan warganegara yang berusia 18 tahun menjadi calon mewakili mana-mana parti dalam pilihan raya dan layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Usul yang dibawa ADUN Paka, Satiful Bahri Mamat itu diterima sebulat suara sekaligus menjadikan Terengganu antara negeri terawal yang mengutarakan dan melaksanakannya.

Iklan
Iklan

Satiful ketika ditemui media berkata, pindaan itu dibuat bagi menyelaraskan apa yang dipinda di peringkat Parlimen yang memberikan kelulusan bagi mereka yang berusia 18 tahun menjadi calon Parlimen.

"Sebelum ini hanya individu yang berusia 21 tahun layak menjadi calon di Terengganu. Jadi bagi melayakkannya menjadi calon di peringkat DUN, kita perlu pinda Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

Iklan

"Sekarang ini pengundi yang berusia 18 tahun dan calon Parlimen berusia 18 tahun sudah diluluskan, jadi untuk selaraskan mereka yang berusia 18 tahun juga boleh jadi calon di DUN Terengganu.

"Tapi ada negeri-negeri yang tidak bersedia untuk melaksanakannya, menolak dan ada negeri yang belum memasukkannya dalam Sidang DUN.

Iklan

"Sebaliknya kita di Terengganu menjadi antara negeri yang terawal meluluskannya supaya adanya penyelarasan antara negeri dan Parlimen," katanya ketika ditemui selepas penangguhan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Satiful berkata, pindaan itu boleh digunapakai sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang turut melibatkan DUN.

"Tahniah kepada orang muda kerana suara mereka didengari dan boleh menjadi calon dan boleh mengundi pada usia 18 tahun," katanya.