Rumah jadi makmal mini proses dadah
Iklan
Abdul Aziz (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Georgetown hari ini.
GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah makmal mini memproses dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Tengah pada 30 Julai lalu.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid berkata, serbuan dibuat hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik berhubung aktiviti memproses dan mengedar dadah jenis heroin dan syabu yang dilakukan oleh dua lelaki tempatan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, hasil risikan mendapati sindiket berkenaan telah beroperasi sejak enam bulan lalu dengan menjadikan rumah teres yang disewa sebagai tempat menghasilkan dadah sintetik untuk dijual di sekitar negeri ini.
"Dalam serbuan pertama kita menahan seorang lelaki berusia 47 tahun di rumah berkenaan dan turut merampas peralatan memproses dadah jenis heroin.
Iklan
"Turut ditemui 2,210 gram heroin, 660 gram syabu, 20 pil eramin 5 dan 2,763 gram serbuk kafien," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, susulan daripada tangkapan itu pihaknya menggerakkan serbuan pada Sabtu lalu juga di kawasan Bukit Tengah dengan menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang merupakan rakan kongsi suspek pertama.
Antara dadah yang dirampas daripada dua orang suspek di Bukit Tengah pada 30 Julai lalu.
Iklan
Katanya, dalam serbuan itu polis merampas 10 bungkusan plastik teh herba Cina yang mengandungi 10.357 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM400,000.
"Kita turut merampas sebuah kereta daripada salah seorang suspek selain wang tunai berjumlah RM1,300.
"Dianggarkan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM447,320 dan sekiranya ia terlepas bahan terlarang ini boleh digunakan untuk 58,845 penagih dadah," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, pihaknya mungkin akan membuat beberapa tangkapan beberapa lagi ahli sindiket berkenaan.
Tambahnya, salah seorang suspek telah dituduh di mahkamah pada Isnin lalu dan berdepan dengan hukuman mati mandatori selepas didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Seorang lagi susupek kini direman sehingga 14 Ogos depan dan sedang disiasat mengikut akta yang sama," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam