SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 kekal pada harga RM2.28 serta RM1.98, manakala diesel mengalami peningkatan 1 sen daripada RM2.17 kepada RM2.18 bagi tempoh 26 Januari hingga 1 Februari ini.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan berkata, harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia bagi diesel pada ketika ini berada pada paras AS$73 setong berbanding petrol RON95 iaitu pada paras AS$62 setong.