Rombakan besar-besaran PDRM dalam masa terdekat: KPN

Iklan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan rombakan secara besar-besaran dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, rombakan tersebut disebabkan persaraan beberapa pegawai tinggi dalam pasukan itu.

Iklan
Iklan

"Rombakan besar akan berlaku dalam masa seminggu dua ini kerana beberapa pegawai tinggi akan bersara.

"Bagaimanapun rombakan ini tidak berkaitan dengan isu di Sungai Buloh kerana perkara itu pada masa ini sedang disiasat oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru membuat keputusan sehingga siasatan oleh JIPS selesai dijalankan.

"Siasatan telah dijalankan oleh JIPS Bukit Aman sejak awal lagi iaitu sebelum perkara ini tular dan setakat ini tiada anggota polis yang ditahan.

Iklan

”Setelah siasatan selesai baharu PDRM akan putuskan apa tindakan yang akan dibuat, beri sedikit masa dan saya beri jaminan tidak akan melengah-lengahkan kes berkenaan,” katanya.