KUALA LUMPUR - Hanya 30 daripada 52 sekolah dan madrasah tahfiz di ibu negara, Putrajaya dan Labuan berdaftar manakala 11 lagi sedang dalam proses untuk didaftarkan.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata, pihaknya sedang gigih berusaha memastikan semua madrasah dan tahfiz berdaftar dengan pihak berwajib kerana mahu menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai kawasan pertama yang bersih dari sekolah dan madrasah tahfiz tidak berdaftar.