Bekalan makanan dua ekor panda semakin habis

Iklan
Gambar fail menunjukkan seekor panda jantan bernama Da Mao di Zoo Calgary, Alberta, Kanada. - Foto Zoo Calgary

OTTAWA - Sepasang panda yang dipinjam dari China kepada sebuah zoo di Kanada kini mengalami kekurangan makanan berikutan bekalan buluh segar semakin kehabisan, kata beberapa pegawai.

Rancangan untuk menghantar pulang ke negara itu pula terhenti disebabkan oleh perubahan peraturan import dan kuarantin disebabkan pandemik koronavirus (Covid-19), kata satu kenyataan Zoo Calgary.

Iklan
Iklan

Seekor panda jantan yang bernama Da Mao manakala panda betina, Er Shun masing-masing memerlukan 40 kilogram buluh sebagai makanan pada setiap hari.

Zoo Calgary kemudian menjadikan ladang-ladang di British Columbia untuk mendapatkan bekalan buluh domestik selepas sempadan antarabangsa ditutup bagi menangani penularan Covid-19.

Iklan

Namun, bekalan itu akan kehabisan pada September ini, kata zoo tersebut.

"Anda tidak boleh memberikan apa sahaja jenis buluh kerana kedua-dua haiwan itu tidak akan memakannya," kata jurucakap Zoo Calgary kepada AFP.

Iklan

"Peti sejuk kami perlu digantikan dengan buluh segar setiap tiga hari bagi memenuhi keperluan diet haiwan itu," tambah jurucakap tersebut.

Pada Mei lalu, Zoo Calgary mengumumkan ia akan mempercepatkan pemulangan semula kedua-dua haiwan tersebut kepada China.

Pasangan haiwan itu dibawa pada tahun 2014 dan dijangka kembali ke negara tersebut selepas tinggal selama sedekad di Kanada. - AFP