NEW DELHI - Seorang ahli perniagaan, Shrinivas Gupta sanggup membelanjakan sejumlah wang bagi membina sebuah patung silikon isterinya, Madhavi, lapor portal berita Hindustan Times kelmarin.
Isterinya itu sebelum ini meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada Julai 2017.
Iklan
Iklan
"Terasa seperti wujud perasaan hebat terhadap isteri saya sekali lagi di rumah saya kerana ia merupakan kediaman impiannya," katanya.
Menurutnya, seorang artis dari Bengaluru mengambil masa selama setahun untuk menyediakan patung isterinya.
"Silikon digunakan untuk menghasilkan patung tersebut kerana ia tahan lama." ujarnya.
Patung itu dibina di luar rumahnya di bandar Bhagyanagar dengan bantuan seorang arkitek.
Namun, dia enggan mendedahkan kos bagi membina patung tersebut. - Agensi