SHAH ALAM - Program Berani Semuka yang mempertemukan dua bekas tokoh penting yang pernah menerajui dan memantau Lembaga Tabung Haji (TH) akan berlangsung selama satu jam 15 minit bermula jam 8.30 malam pada Jumaat ini.
Dalam tempoh berkenaan, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf dan bekas Pengerus TH, Datuk Seri Azeez Rahim masing-masing diberikan peluang berhujah dan menjawab soalan hampir 30 minit.
Iklan
Iklan
Program yang menampilkan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar sebagai moderator itu akan membincangkan isu pengurusan TH era pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang menjadi polemik politik.
Seramai 32 penonton iaitu masing-masing 16 penyokong Azeez dan 16 lagi penyokong Mujahid akan menyaksikan program itu secara langsung di Studio F Sinar Harian di sini.
Dari segi format program selepas ucapan pembukaan moderator, kedua-dua tokoh terbabit akan memulakan hujah pembukaan.
Secara keseluruhannya kedua-dua tokoh itu akan diberikan masa antara tiga ke empat minit setiap kali berhujah atau menjawab soalan dalam tujuh sesi.
Loceng akan dibunyikan pada 30 saat terakhir setiap sesi dan loceng sekali lagi akan dibunyikan sebaik masa tamat.
Artikel Berkaitan