Amir Khusyairi calon ‘underdog’ DUN Slim: Mukhriz

Iklan
Amir Khusyairi (tengah) diumum sebagai calon Bebas PRK DUN Slim.

TANJUNG MALIM - Parti Pejuang Tanah Air menganggap calon mereka sebagai ‘underdog’ untuk memberi saingan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang berlangsung 29 Ogos ini.

Namun begitu, Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui parti itu bakal berhadapan cabaran getir sepanjang tempoh tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya tidak pasti kalau mana-mana lagi calon bebas yang akan bertanding tetapi kita merasakan bahawa kita mempunyai peluang sebagai ‘underdog’ di kawasan DUN Slim yang telah dimenangi BN sebelum ini.

"Kita faham bahawa cabaran yang kami hadapi itu sangat getir. Walaupun begitu, kami tekad meyakinkan rakyat, menawan hati rakyat sebaik mungkin untuk beri peluang kepada kami di DUN PRK ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Memperkenalkan Calon PRK N58 Slim di Taman Slim Permata di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, pemilihan peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sebagai calon Bebas turut mendapat persetujuan parti dalam Pakatan Harapan (PH).

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M pilih peguam calon PRK DUN Slim

Calon Bebas calon Pejuang, kata Tun M

Selain itu, Mukhriz berkata, jentera kempen yang digerakkan disifatkan sebagai campuran yang menggabungkan PH dan ahli-ahli Bersatu Blackout.

Iklan

"Jentera yang kita gerakkan adalah campuran bukan hanya PH tetapi yang begitu luar biasa sekali saya nampak bahawa ahli-ahli akar umbi Bersatu yang dianggap sebagai blackout ini rupa-rupanya begitu ramai.

"Kami semua bersedia untuk berusaha memenangkan calon. Jentera campuran ini bukan daripada satu pihak sahaja,” katanya.

Sementara itu, Amir Khusyairi berhasrat menjadikan PRK ini sebagai platform membawa aspirasi membetulkan apa yang tidak betul.

"Aspirasi yang saya bawa di Slim ini adalah langkah permulaan kita membetulkan apa yg kita rasa tidak betul.

"Langkah permulaaan PRK ini akan membawa aspirasi seterusnya ke Perak dan negara dicintai,” katanya.