Lelaki maut, kereta langgar pembahagi jalan

Iklan
Keadaan kereta dipandu mangsa remuk selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan berhampiran bulatan Segambut awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut dalam kemalangan di susur masuk Jalan Tun Razak menghala ke bulatan Segambut awal pagi tadi.

Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba II (PgKB II) Mohd Haikal Md Kasdi berkata, dalam kejadian jam 5.29 pagi itu, kereta jenis Proton Persona dipandu mangsa berusia 25 tahun itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa ditemukan tersepit di kerusi pemandu sewaktu sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul tiba.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang berada di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.