Dua pelajar terbunuh di Sudan

Iklan
Penunjuk perasaan berkumpul di Khartoum.

KHARTOUM - Protes anti-kerajaan ganas di Sudan meragut dua lagi nyawa, kelmarin.

Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan mendakwa, kedua-dua mangsa adalah pelajar universiti dan salah seorang daripada mereka meninggal dunia akibat didera semasa dalam tahanan.

Iklan
Iklan

Seorang lagi pelajar, Abdulazim Abu Bakr, 24, maut terkena tembakan di dada semasa menyertai bantahan di Khartoum.

Jurucakap polis bagaimanapun gagal dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

Iklan

Kerajaan Sudan sebelum ini menyatakan 26 maut dalam bantahan yang sudah berlarutan selama sebulan itu.

Namun, menurut Amnesty International angka tersebut jauh lebih tinggi.

Iklan

Amnesty mendakwa 40 orang terbunuh setakat ini, manakala lebih 1,000 ditahan. - Agensi