86 mesin air bertapis kotor kena angkut
Iklan
Mohd Wazir menunjukkan mesin air bertapis yang disita.
KEPALA BATAS - Jabatan Kesihatan negeri Pulau Pinang (JKNPP) menyita 86 mesin air bertapis dianggarkan bernilai RM557,000 yang diletakkan di tepi jalan kerana dikesan kotor serta boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
Operasi bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang turut mendapati mesin air tidak berlesen itu diletakkan di tempat yang tidak sesuai iaitu di hadapan kedai runcit dan mengabaikan faktor kebersihan.
Iklan
Iklan
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, pemantauan juga mendapati pemilik berlaku pencemaran mikro dan kimia.
"Jumlah sitaan mesin jual air bertapis yang dilakukan tahun ini meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu iaitu 46 mesin bernilai RM230,400," katanya ketika ditemui selepas operasi itu hari ini.
Iklan
JKNPP sudah mengumpul maklumat dan menjalankan intipan sejak dua minggu lalu sebelum mengadakan operasi bersepadu.
Mohd Wazir berkata, pada tahun lalu, tindakan penyitaan itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(f) Akta Makanan 1983 atas kesalahan di bawah Peraturan 360C(4) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Tambahnya, JKNPP sudah mengumpul maklumat dan menjalankan intipan sejak dua minggu lalu sebelum mengadakan operasi bersepadu.
Iklan
"Lesen untuk mesin jual air bertapis ini penting kerana ia membantu pegawai kesihatan melakukan pemantauan bagi mengelakkan pencemaran air dan selamat diminum," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam