MCMC tidak terlibat projek EM-IIG Xiddig

Iklan

PUTRAJAYA – Projek Meningkatkan Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia (EM-IIG) yang dibangunkan oleh Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd adalah sebuah usaha komersial yang tidak melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

MCMC, dalam kenyataan hari ini, berkata, syarikat telekomunikasi itu adalah pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA).

Iklan
Iklan

"Lesen yang dikeluarkan di bawah CMA adalah tidak sama dengan pengesahan oleh MCMC,” kata suruhanjaya itu.

Ia berkata semua pemegang lesen di bawah CMA perlu mematuhi peruntukan akta tersebut, terma dan syarat lesen serta semua instrumen diterbitkan, dihasilkan atau diberikan mengikut akta berkenaan.

Iklan

MCMA berkata mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dengan mana-mana pemegang lesen di bawah CMA dinasihatkan supaya melaksanakannya dengan penilaian wajar sendiri.

Selasa lalu, Pejabat Timbalan Perdana Menteri (PTPM) berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak pernah meluluskan teks ucapan yang disampaikan pada majlis pelancaran projek EM-IIG di Shah Alam dan juga tidak mewakilkan mana-mana pihak untuk membaca ucapan tersebut pada majlis tersebut.

Iklan

PTPM itu berkata Dr Wan Azizah tidak pernah menyebut kerajaan akan memberi kerjasama penuh bagi pelaksanaan projek EM-IIG tersebut.

Menurut laporan media, teks ucapan itu dibacakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Bagaimanapun, Mohd Rashid dilaporkan berkata beliau telah menghadiri acara itu atas kapasiti sebagai bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang dan turut dengan keras menafikan beliau telah mewakili Dr Wan Azizah dalam majlis itu.- Bernama