'Ingatkan UTC saja tutup awal, SPR pun sama'

Iklan

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertikai keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung penutupan awal 23 daripada 29 pusat mengundi di Cameron Highlands.

Menurutnya, dengan kemudahan rantaian jalan raya yang semakin baik, Najib merasakan tiada alasan pusat mengundi perlu ditutup lebih awal kecuali di satu atau dua tempat.

Iklan
Iklan

Dalam laman Facebook beliau, Ahli Parlimen Pekan itu turut berkongsi maklumat menunjukkan semua pusat mengundi di Dun Jelai ditutup awal, ditutup antara jam 2 petang hingga 3.30 petang.

"Dun Jelai ini kerusi Barisan Nasional. Kita faham-fahamlah mengapa mereka nak tutup awal.

Iklan

"Saya rasa sudah sampai masa SPR kaji semula penutupan awal pusat mengundi,” katanya.

Malah, Najib juga sempat menyindir SPR dan mengaitkan keputusan suruhanjaya itu dengan tempoh perkhidmatan yang semakin pendek di Pusat Transformas Bandar (UTC).

Iklan

"Ingatkan UTC saja tutup awal, kurangkan masa perkhidmatan untuk rakyat. SPR juga rupanya,” sindir beliau.

Baru-baru ini, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun pihakya tidak akan memanjangkan tempoh masa mengundi di pusat mengundi membabitkan kawasan pedalaman atas faktor keselamatan pada PRK Cameron Highlands, esok.

Menurutnya, proses pengundian akan berjalan seperti biasa seperti mana proses pilihan raya dijalankan sebelum ini.

"Kita tidak akan panjangkan masa mengundi atau menutup lambat (pusat mengundi) atas faktor keselamatan dan bahaya juga untuk logistik,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Azhar Azizan menegaskan tempoh mengundi yang pendek di sesetengah pusat mengundi tidak sepatutnya dijadikan isu sementelah tempoh mengundi yang sama telah ditetapkan pada PRU14 lalu.

"Pada PRU14, semua pusat berkenaan tutup awal kerana jarak antara pusat mengundi itu dengan pusat pengumpulan undi jauh. Jika pada PRU14 perkara ini tidak menjadi isu, saya hairan kenapa ia jadi isu pada PRK Cameron Highlands.

"Malah pada PRU14, walaupun ada pusat undi tutup awal, peratusan keluar mengundi mencapai antara 83 hingga 85 peratus. Perkara ini tak jadi isu langsung," katanya kepada media selepas melawat pusat semakan peti undi di Dewan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Cameron Highlands.