Baju merdeka

Iklan
Mahani Udit, (tengah) mencuba baju merdeka yang telah siap dijahit pada anak kembarnya Seri Mustokimah Al-Kausar, 10, (kanan) dan Seri Noor Jannah Musfirah, 10, sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.- Bernama

GEORGE TOWN - Tukang jahit Mahani Udit, 31, (tengah) mencuba baju merdeka yang telah siap dijahit pada anak kembarnya Seri Mustokimah Al-Kausar, 10, (kanan) dan Seri Noor Jannah Musfirah, 10, sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Mahani yang memiliki kedai Anggerik Rimba Alteration yang terletak di Kompleks Bukit Jambul kini sibuk menyiapkan 1,000 pasang kostum Jalur Gemilang yang berkonsepkan baju tradisional budaya Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Baju Kurung, Cheongsam, Sari, Gaun Kembang dan Baju Melayu serta tudung sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, untuk menyiapkan dua pasang kostum memakan masa selama satu jam manakala dalam masa sehari beliau mampu menyiapkan sehingga 30 pasang kostum bergantung kepada rekaan dan corak.

Harga yang ditawarkan adalah berpatutan berikutan pandemik COVID-19 iaitu antara RM40 hingga RM200 berbanding tahun sebelumnya bermula dari RM70 hingga RM350. - Foto Bernama

Iklan
Iklan