MELAKA - [DIKEMAS KINI] Seorang pekerja di kedai telefon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini terhadap pertuduhan mengugut bapa dan abang kandungnya, pada 11 Ogos lalu.
Kamaluddin Lukman, 25, didakwa mengugut secara lisan,"aku potong semua" sambil menghayun parang ke arah bapanya, Lukman Mydin, 54, dan abangnya, Kamaruddin Lukman, 25, di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam kira-kira jam 3.30 petang, 11 Ogos lalu.