KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lima sen manakala diesel naik tiga sen bagi tempoh 15 hingga 21 Ogos 2020.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.68, RON97 (RM1.98) dan diesel RM1.82.