Willian sah milik Arsenal

Iklan
Willian menyertai Arsenal dengan kontrak selama tiga tahun.

BEKAS pemain sayap lincah Chelsea, Willian sah menyertai Arsenal secara percuma selepas diumumkan secara rasmi menerusi laman sosial Twitter kelab itu hari ini.

Dengan kontrak selama tiga tahun dan bakal menyarung jersi nombor 12, pemain kelahiran Brazil berusia 32 tahun itu akan menerima gaji sebanyak 220,000 pound (RM1.2 juta) seminggu.

Iklan
Iklan

Menurut Willian, pengendali Arsenal, Mikel Arteta menjadi individu yang bertanggungjawab meyakinkan dia untuk menyertai skuad The Gunners itu.

"Saya suka cara Mikel mengendalikan pasukan. Para pemain juga senang dengan cara dan karakter Mikel. Jadi saya gembira apabila dapat beraksi di bawah bimbingannya.

Iklan

"Apabila saya berbual dengan Mikel sebelum ini, perbualan berlangsung dengan cukup positif. Itu antara sebab yang memberi keyakinan kuat kepada saya ke sini (Emirates)," katanya.

Sebelum ini, Arteta tidak menyembunyikan hasratnya untuk membawa masuk Willian yang sudah mendapat kerakyatan British dan mahu membesarkan anaknya di London.

Iklan

Chelsea pula cuba meyakinkan Willian untuk terus kekal di Stamford Bridge, namun gagal untuk memikatnya apabila pengurusan The Blues hanya menawarkan kontrak selama dua tahun.

Sebagai rekod, Willian telah memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), satu Piala FA dan satu Liga Europa sepanjang menyarung jersi Chelsea yang menyaksikan dia turut merekodkan 63 gol dalam 339 penampilan.