WASHINGTON - Penasihat Kanan Rumah Putih, Jared Kushner menjangkakan sebuah lagi negara Arab bakal memeterai perjanjian damai dengan Israel dalam tempoh tiga bulan akan datang selepas Tel Aviv dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menormalkan hubungan diplomatik mereka.
"Saya percaya ia adalah peluang yang sangat baik," kata menantu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tersebut ketika disoal sama ada perkembangan sama dapat dilihat dalam tempoh 90 hari akan datang atau menjelang Pilihan Raya Presiden AS 2020 pada November depan.