Dua restoran makanan segera, kopitiam diarah tutup
Iklan
NOORZAINY. Foto: Bernama
KEPALA BATAS - Dua buah restoran makanan segera dan sebuah kopitiam di sini diarahkan tutup selama tujuh hari kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam operasi bermula pukul 4 petang hari ini, polis bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pemeriksaan di restoran makanan segera dan kopitiam sekitar daerah itu sebelum mengambil tindakan terhadap tiga buah premis berkenaan.
Iklan
Iklan
"Tiga restoran itu didapati tidak mematuhi SOP dalam membendung penularan COVID-19 malah ada yang tidak mengehadkan jumlah pengunjung makan di premis mereka sehingga tiada penjarakan fizikal antara satu sama lain," katanya kepada Bernama malam ini.
Beliau berkata pemilik tiga restoran itu masing-masing turut dikenakan kompaun RM1,000 dan menurutnya polis akan meneruskan operasi bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP ditetapkan.
Iklan
Katanya selain itu enam premis makanan segera dan kedai kek turut diberikan notis amaran oleh KKM kerana pelbagai kesalahan berkaitan SOP.- Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>