Harimau Muda perlu lebih banyak aksi kompetitif

Iklan
Pemain B-19 negara giat menjalani latihan di padang PKNS. - Foto FB FAM

PENGENDALI Skuad Bawah 19 tahun (B-19), Brad Maloney percaya anak buahnya memerlukan lebih banyak perlawanan persahabatan kompetitif untuk meningkatkan kualiti permainan sebelum menyertai Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Uzbekistan Oktober depan.

Ketua jurulatih berusia 48 tahun itu berkata, perlawanan yang menyaksikan pasukannya tewas 1-6 kepada kelab Liga Super, Petaling Jaya City FC dalam perlawanan persahabatan beberapa hari lalu membuka mata pemain dalam skuad bimbingannya mengenai keupayaan masing-masing.

Iklan
Iklan

"Ia adalah satu ujian yang baik untuk kami dan seperti yang dijangkakan. Amat mencabar bagi pemain kami untuk berhadapan dengan pemain senior, ” katanya sebelum sesi latihan hari ke-12 skuad negara d Padang PKNS, Petaling Jaya.

Katanya, beliau mengharapkan peningkatan lebih baik dalam kalangan anak buahnya selepas ini dalam fasa kedua latihan yang berakhir pada 30 Ogos ini.

Iklan

Sementara itu, pemain tengah negara, Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid menyifatkan kekalahan tersebut menyedarkan pemain mengenai perkara-perkara yang perlu diperbaiki terutamanya dari segi hantaran.

"Saya masih belum cergas sepenuhnya kerana masih bergelut dengan kecederaan lutut yang dialami sejak September lalu, dan sekiranya kembali cergas selepas ini, saya ingin merebut tempat dalam senarai 23 pemain ke Uzbekistan,” kata pemain Terengganu FC itu.

Iklan

Sesi latihan pusat Fasa 2 yang bermula sejak 3 Ogos lalu akan berakhir pada 30 Ogos ini kemudian disusuli dengan latihan Fasa 3 pada September sebelum Maloney menyenaraikan senarai akhir 23 pemain ke Uzbekistan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan D, memulakan kempen kejohanan menentang Tajikistan pada 16 Oktober Qatar (19 Oktober), sebelum menamatkan aksi pusingan awal berdepan Yaman pada 22 Oktober di Stadium AGMK, Olmalik.

Berdasarkan format pertandingan, dua pasukan terbaik setiap empat kumpulan, layak ke peringkat suku akhir, manakala empat pasukan yang mara ke separuh akhir, layak secara automatik ke Piala Dunia B-20 2021 di Indonesia. - Bernama