Kembara Dakwah Merdeka kibar Jalur Gemilang

Iklan
Penduduk kampung tidak melepaskan peluang bergambar bersama rombongan kembara tersebut semalam.

KOTA BHARU - Walaupun masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tidak menghalang 14 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Sifu Bikers untuk berkempen kibar Jalur Gemilang ke seluruh negara.

Pendakwah bebas yang juga Pengasas Sifu Bikers, Mohamed Hanafiah Abdul Malek berkata, misi tujuh hari tersebut mempunyai fokus tersendiri terutamanya untuk mendidik masyarakat menghargai kemerdekaan dengan cara yang paling mudah, iaitu mengibarkan Jalur Gemilang.

Iklan
Iklan

"Kali ini kita laksanakan Kembara Dakwah Merdeka yang mana kami akan menjelajah sejauh 2020 kilometer melibatkan 14 buah negeri bagi menyemarakkan lagi kibar Jalur Gemilang di seluruh negara. Pada masa sama, kami akan singgah di masjid, pejabat-pejabat agama negeri untuk berkongsi ilmu dan berdakwah supaya kembara ini lebih mendapat keredaan ALLAH SWT.

"Walaupun begitu kami masih menjaga keselamatan dan kesihatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disaran kerajaan ketika melibatkan orang ramai dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Iklan
Norhani (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Hanafi.

Terdahulu, rombongan tersebut singgah solat Zuhur dan menyertai tazkirah selama sejam di Masjid Al Barakah Mukim Takang, Bachok yang disambut oleh Timbalan Pengerusi 1 Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan, Datin Norhani Afandi dan Timbalan Pengerusi II yang juga Imam Tua masjid tersebut, Mohd Rosdi Abdul Samad.

Menurut Mohamed Hanafiah, 14 'riders' yang menyertai kembara tersebut adalah mewakili 14 negeri yang mereka jelajah kali ini dan dalam masa yang sama mereka turut mempromosikan program Rumah Ngaji anjuran Kumpulan Karangkraf dan Warisan Ummah Ikhlas.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau yang lebih mesra disapa Ustaz Hanafi memberitahu, misi kembara dakwah kali ini juga untuk memberi seribu keinsafan kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai pengorbanan mereka yang telah berjuang untuk memerdekakan negara.

Malah beliau berkongsi sejarah sahabat Nabi bernama Jaafar bin Abi Talib yang sanggup menghadapi pelbagai ujian semasa berperang bagi menegakkan bendera keamanan sehinggalah nyawa terakhir.

"Tugasnya memegang bendera, tangan kanan ditetak, sambung dengan tangan kiri, kena tetak juga, sambung dengan gigi, akhirnya dibunuh, tapi bendera tetap tak jatuh menyembah bumi sebab sahabat-sahabat lain ada menyambutnya. Inilah contoh yang kita mahu tanam dalam diri masing-masing.

"Selain itu, berdasarkan fokus utama dalam Rumah Ngaji sendiri, kita juga mahu memerdekakan diri kita daripada buta huruf, buta al-Quran dan mahu semua umat Islam kepada ALLAH dengan cara yang cukup indah," katanya.

Kembara tersebut dijangka berakhir pada 17 Ogos ini di Melaka.

Ustaz Hanafi menyerahkan plak kepada Mohd Rosdi untuk misi Kembara Dakwah kali ini.