Semarak liga komuniti di Kedah

Iklan
Zainal Aziz (lima kiri, belakang) bersama semua pengurus pasukan bergambar bersama piala pusingan Liga Bolasepak Piala Probrand 2019.

PENGANJURAN liga komuniti mampu menyediakan platform kepada pemain muda mengasah bakat selain menjadi medan kepada pencari bakat untuk mengetengahkan mereka ke pentas lebih tinggi.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Melayu Kedah (PBMK), Zainal Aziz Md Zain berkata, liga-liga komuniti yang banyak diadakan di seluruh Kedah menyaksikan negeri ini muncul antara pengeluar bakat dalam sukan bola sepak yang berkualiti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara tersebut adalah positif dan berharap usaha itu akan terus segar dan mahu lebih banyak lagi pihak swasta tampil untuk membantu pihak penganjur.

"Sejak dulu lagi Kedah tidak putus-putus melahirkan pemain-pemain untuk negara hasil pembangunan di peringkat akar umbi yang aktif sebelum ditampilkan bersama pasukan negeri.

Iklan

"Wujud persaingan sengit di kalangan pemain untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik dan perkembangan ini amat kita galakkan," katanya kepada Sukan Sinar selepas merasmikan Majlis Perasmian Liga Bolasepak Piala Probrand 2019 di sebuah restoran di sini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia atau kini dikenali Malaysia United berkata, PBMK juga sedia menilai pemain-pemain amatur untuk diserapkan ke dalam pasukannya bagi menghadapi Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2019.

Iklan

"Walaupun PERR 2019 masih lambat lagi namun kami tetap beri tumpuan dengan menjalankan persiapan awal sebagai persediaan.

"Tumpuan kami sudah tentulah menyediakan tempat kepada pemain-pemain muda kerana mereka perlu diberikan pendedahan berterusan bagi memberikan pengalaman yang berguna," katanya.

Menurut Zainal Aziz, beliau gembira apabila lapan pasukan amatur dari enam daerah di negeri ini menyertai Liga Bolasepak Piala Probrand 2019.

"Difahamkan ini adalah penganjuran kali kedua oleh penganjur yang sama malah mendapat bantuan dari Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dari sudut pengadilan, ini adalah satu perkembangan yang baik untuk bolasepak Kedah," katanya.