GEORGETOWN - [DIKEMAS KINI] Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak membenarkan aktiviti pasar malam di Teluk Kumbar dan Sungai Batu tidak dibenarkan beroperasi buat sementara waktu berikutan terdapat satu kes positif koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Mukim 9, Teluk Kumbar berkait dengan kluster Tawar semalam.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataan terbaharunya sebentar tadi, bagaimanapun membenarkan peniaga pasar pagi di Taman Sahabat di sini beroperasi namun perlu memastikan SOP dipatuhi atau bakal berdepan dengan tindakan tutup sekiranya gagal mengawal keadaan.
Iklan
Iklan
"Aktiviti di kedai gunting rambut serta salun kecantikan dibenarkan beroperasi dan pengusaha juga perlu pastikan semua SOP dipatuhi atau bakal berdepan tindakan sama.
"Dine-in tidak dibenarkan untuk penjaja manakala bagi restoran dan gerai makanan kita akan tingkatkan pemeriksaan dari semasa ke semasa," katanya.
Dalam pada itu, MBPP turut mengingatkan orang ramai agar mengelak daripada mengunjungi kawasan sesak dan hanya duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting untuk dilakukan di luar.
"Kami akan meningkatkan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sekitar kawasan Teluk Kumbar bermula hari ini," katanya.