KUALA LUMPUR -"Bukan sampah, kalau nak meraikan hari Merdeka Malaysia," demikian reaksi dan nasihat Puteri bongsu Yang di-pertuan Agong, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al Sultan Abdullah kepada pelayar Twitter yang menyifatkan sambutan Hari Kemerdekaan dengan meletakkan Jalur Gemilang di laman sosial sebagai ikutan.
Hari Kemerdekaan bakal disambut pada 31 Ogos ini perlu diraikan dengan penuh keinsafan untuk terus mempertahankan keharmonian dan memajukan lagi negara.
Sebelum ini pelayar Twitter dikenali @firdausshakimi menulis,"Letak bendera Malaysia sebab ikut trend 'so' sampah".
Kenyataan sindiran pelayar itu mengundang pelbagai komen dan reaksi warganet dan ramai menyokong kenyataan Tengku Jihan dan pelayar berkenaan.
Kata @maelllan,"Dimana kamu berpijak, bukan di negara Malaysia? Kalau rasa rasa bukan orang Malaysia keluar la dari negara ni. Tak salah kalau letak bendera tu sebab kita buktikan kita anak Malaysia bangga dengan anak Malaysia".
Manakala @arinda pula menulis,"Kamu semua jangan salah faham, apa yang dia maksudkan, ada sesetengah orang yang letak bendera Malaysia di laman sosial bukan sebab bangga tetapi sebab nak ikut trend sahaja. Ia sekadar kata-kata sindiran".
Bagaimanapun rata-rata warganet berpendapat sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 bertemakan Malaysia Prihatin, wajar direbut peluang untuk kita agar prihatin terhadap sejarah negara ini, kembali menghayati jerih-perih dan onak duri pembentukan pertiwi ini supaya rasa cinta padanya terus mekar.
Inilah masa terbaik untuk rakyat kita menunjukkan jati diri dan semangat patriotisme yang tulen dengan terus mengibarkan Jalur Gemilang.
Terdahulu perkongsian Tengku Jihan tular di laman sosial yang sehingga kini mencecah lebih 13,000 ulang kongsi dan lebih 19,300 tanda suka daripada warganet.