Amir Khusyairi tekad tarik undi anak muda

Iklan
Amir Khusyairi

TANJUNG MALIM - Calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad yakin dapat menarik undi anak muda menerusi aspirasi politik baharu yang dibawa.

Amir Khusyairi, 38, berkata, wadah politik baharu itu menolak segala perilaku yang bertentangan dengan nilai murni terutama dalam kalangan masyarakat Melayu termasuklah rasuah.

Iklan
Iklan

"Saya ingin menarik anak muda dengan menawarkan khidmat yang baik, pada masa sama saya bersama jentera akan bawakan aspirasi yang membawa kita kepada nilai murni, menentang sebarang perlakuan tidak baik contohnya menolak rasuah dan perkara tidak sepatutnya dilakukan bangsa Melayu," katanya selepas proses penamaan calon PRK DUN Slim di Dewan Sri Tanjung Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), di sini hari ini.

Menurutnya, PRK ini akan menjadi langkah permulaan bagi generasi muda melakukan perubahan terhadap landskap politik negara agar proses demokrasi negara tidak terhapus begitu sahaja.

Iklan

"Idea ini akan sedaya upaya kami terjemahkan sepanjang kempen PRK ini dan harap penduduk Slim dapat menerimanya," katanya.

Beliau berkata, walaupun serba kekurangan, pihaknya telah merangka pelbagai strategi untuk meraih kepercayaan pengundi.

Iklan

"Jentera-jentera kami datangnya dari seluruh tanah air dan merekalah yang akan membantu, menggembleng tenaga untuk menterjemahkan aspirasi dibawa kepada pengundi di sini," katanya.

Terdahulu, Amir Khusyairi yang merupakan seorang peguam diiringi pencadang Mohd Fazley Mohd Isa dan penyokong Siti Robangiah Abdul Jalil mengemukakan borang pencalonan pada 9.04 pagi dan menggunakan simbol pokok.

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

Calon BN, Mohd Zaidi Aziz, 43, yang bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Slim bakal dicabar Amir Khusyairi dan seorang lagi calon Bebas, S Santharasekaran, 44.

SPR menetapkan pengundian awal bagi PRK DUN Slim pada 25 Ogos manakala hari mengundi pada 29 Ogos membabitkan 23,094 pengundi iaitu 22,815 pengundi biasa, 277 pengundi awal dan dua pengundi tidak hadir luar negara.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas.