UoC sedia peluang untuk pelajar perubatan MBBS terkandas

Iklan
Pelajar perubatan UoC menjalani latihan klinikal di beberapa hospital terkemuka di hospital kerajaan di Klang, Kuala Lumpur, Shah Alam, Kajang, Putrajaya dan Banting.

CYBERJAYA - Ibarat penyelamat, University of Cyberjaya (UoC) mempunyai pengalaman dalam menguruskan pengambilan pelajar antarabangsa dengan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) yang tidak lengkap.

Dekan Fakulti Perubatan UoC, Mejar Jeneral (B) Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin berkata, universiti itu membantu mereka yang terjejas meneruskan pengajian, antaranya mangsa gempa bumi dari Indonesia, pelajar dari Mesir yang terkesan dengan Kebangkitan Dunia Arab 2013 dan penuntut sebuah universiti swasta di Kepala Batas, Pulau Pinang yang menutup operasi kerana masalah kewangan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengambilan pelajar MBBS luar negara yang terkandas dan terkesan kerana beberapa faktor termasuk pandemik koronavirus (Covid-19) dilihat sebagai satu jalan penyelesaian buat mereka.

"UoC yang sebelum ini dikenali sebagai Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) telah berjaya melahirkan lebih 1,341 graduan yang kini menjadi doktor pakar dalam pelbagai bidang khusus, antaranya pakar mata dan pakar bedah.

Iklan

"UoC bermula dengan menawarkan program MBBS pada tahun 2005 sebagai program pertamanya dan kini menawarkan lebih 30 program dalam pelbagai bidang,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dr Mohd Zin Bidin

Mohd Zin berkata, UoC sentiasa mementingkan kualiti pendidikan, justeru program di universiti berkenaan diaudit dan mendapat perakuan akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Iklan

"Bagi pelajar yang lemah dalam pelajaran, mereka akan diberikan kelas tambahan yang lebih kondusif untuk membantu mereka mengejar mata pelajaran di universiti lama.

"UoC telah menerima kemasukan seramai 300 pelajar MBBS baharu yang terganggu dan terkandas dari dalam dan luar negara,” katanya.

Menurutnya, bagi menampung kemasukan pelajar yang tinggi, UoC membuat persediaan dengan menambah bilangan pengajar perubatan, mengadakan kelas tambahan bagi membantu pelajar yang ketinggalan dalam silibus, menaik taraf kemudahan universiti, menyediakan lebih banyak kemudahan kediaman dan menaikkan kuota bagi latihan klinikal pelajar di hospital terpilih.

"UoC mendapat pertauliahan pada peringkat antarabangsa oleh badan-badan perubatan seperti Medical Council of India (MCI), Maldives Medical & Dental Council (MMDC) dan Bangladesh Medical & Dental Council, malah turut disenaraikan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk direktori perubatan.

"Pelajar perubatan akan diberikan pengalaman untuk menjalankan latihan klinikal di beberapa hospital terkemuka di hospital kerajaan di Klang, Kuala Lumpur, Shah Alam, Kajang, Putrajaya dan Banting,” kata beliau.