MTUC gesa semua pelabuhan diperiksa

Iklan
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Gambar kecil: A Balasubramaniam

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] MTUC menggesa supaya Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong untuk mengarahkan semua pelabuhan di Malaysia diperiksa berikutan peristiwa yang menimpa beribu-ribu pekerja di Pelabuhan Beirut, Lubnan.

Timbalan Setiausaha Agungnya, A Balasubramaniam berkata, apa yang berlaku di negara berkenaan tidak boleh diambil mudah oleh Malaysia.

Iklan
Iklan

"Kerajaan harus segera memantau operasi kargo-kargo yang berbahaya dari disimpan atau dikendalikan di pelabuhan-pelabuhan di negara kita bagi memastikan insiden yang tidak diingini berlaku di pelabuhan negara kita.

"Di Semenanjung Malaysia terdapat tujuh pelabuhan besar dan beberapa pelabuhan lain di Sabah dan Sarawak yang melakukan operasi kargo. Operasi ini melibatkan hampir beribu-ribu pekerja dan pengguna yang berada di kawasan pelabuhan setiap masa. Persoalannya sejauh manakah pengurusan pelabuhan memberi keutamaan kepada keselamatan di pelabuhan di Malaysia," katanya.

Iklan

Kerajaan Lubnan memberi masa empat hari kepada jawatankuasa penyiasat untuk menentukan siapa bertanggungjawab dalam tragedi letupan di Pelabuhan Beirut

Mengulas lanjut Balasubramaniam turut mencadangkan kepada Ka Siong melantik pengkaji bebas (independent surveyor) untuk menjalankan siasatan sama ada semua kargo kategori bahaya disimpan dan dikendalikan mengikut undang-undang dan peraturan dipatuhi sepenuhnya.

Iklan