Penunggang motosikal maut digilis kereta

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian di Lebuhraya Selat Klang Utara, menghala ke Jalan Batu 3 Lama, Klang pagi tadi.

KLANG - Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kereta yang menukar lorong sebelum terpelanting dan digilis sebuah lagi kenderaan dalam kejadian di Lebuhraya Selat Klang Utara, menghala ke Jalan Batu 3 Lama di sini pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan warga Indonesia berstatus pemastautin tetap berusia 62 tahun maut di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.47 pagi itu, sebuah kereta jenis Honda City yang berada di lorong kanan dipercayai telah menukar laluannya ke kiri lalu melanggar mangsa yang berada di hadapan.

"Akibat pelanggaran tersebut mangsa yang menunggang motosikal Honda telah tercampak ke belakang dan jatuh ke lorong paling kanan.

Iklan

"Sebuah kereta Proton Saga yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak sebelum menggilis mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa parah di kepala dan tangan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Iklan

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Nurulhuda berkata, dinasihatkan kepada semua pemandu kenderaan usah menukar arah dis aat akhir dan patuhi peraturan jalan raya terutamanya pada musim hujan.