Calon Bebas pun boleh menang: Maszlee

Iklan
Maszlee (tengah) bersama Amir Khusyairi pada program Walkabout di Felda Trolak Utara hari ini.

TANJUNG MALIM - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa calon Bebas boleh menang dalam pilihan raya.

Menurutnya, ia melihat kepada trend dalam kalangan pengundi yang memilih calon berdasarkan kualiti dan kredibiliti dalam kepimpinan.

Iklan
Iklan

"Datuk Seri Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) lupa pada sejarah, Tan Sri Sharir Abdul Samad pernah jadi wakil Bebas menang (pilihan raya) Johor Bharu (1988) dan saya sebagai anak Johor sendiri melihat bahawa dia boleh bawa perubahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Khusyairi janji tak 'hilang'

Iklan

Amir Khusyairi tekad tarik undi anak muda

"Bagi Amir (Amir Khusyairi Mohamad Tanusi) kita tidak lihat pilihan raya ini sahaja. Ini permulaan sebagai wakil kita, wakil parti politik akan muncul. Inilah politik baru kita dan kita meletak harapan tinggi,” katanya ketika ditemui pada program walkabout bersama Amir Khusyairi di Felda Trolak Utara di sini hari ini.

Iklan

Beliau mengulas mengenai kenyataan Najib yang mendakwa mengundi calon Bebas tidak boleh membawa apa-apa perubahan pada program Ceramah Taqarrub di Trolak Selatan semalam.

Maszlee berkata, calon Bebas mewakili Pejuang itu disifatkan sebagai mesra dan biasa bergelumang dengan masalah rakyat.

"Bagi rakyat di Slim, kalau mengundi Amir bukan untuk pilihan raya ini sahaja, inilah bakal pemimpin Perak yang kita perlukan.

"Inilah wakil terbaik perlu diundi oleh rakyat. Tidak undi, mereka kehilangan tokoh, orang muda yang boleh bawa masa depan baik penduduk. Ini merupakan permulaan bagi Pejuang,” katanya.