JERTEH - Petani remaja (dari kiri) Mat Zakie Mat Yeh, Al Iman Mohd Nor, Azin Nur Azri Rujunaidi dan Nor Ekwan Mamat memeriksa labu yang telah dituai sebelum dihantar kepada pelanggan di Kampung Ladang Bual, Hulu Besut.
Empat sekawan ini nekad mengusahakan tiga bidang tanah terbiar menjadi ladang tanaman jagung mutiara, tembikai dan labu sekaligus meraih pendapatan yang lumayan.