Bersatu senarai pendek lima calon PRK Dun Semenyih

Iklan
Abdul Rashid (kiri) mengiringi Aminudin menyerahkan geran kepada penerima.

KLANG - Bersatu sudah menyenarai pendek lima calon parti itu termasuk seorang wanita untuk bertanding pada PRK Dun Semenyih pada 2 Mac nanti.

Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari bagaimanapun enggan menamakan calon berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kita sudah ada lima calon yang dilihat sesuai dan nama-nama itu sudah dihantar ke Pusat.

"Kita sedang tunggu keputusan siapa calon yang layak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Hak Milik dan Notis 5A Kampung Sungai Sireh Tambahan oleh Menteri Besar Selangor, Aminudin Shari di Dewan Orang Ramai Kampung Delek, di sini, hari ini.

Iklan

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan berkata, semua calon dipilih merupakan anak tempatan dan berpotensi, dikenali ramai serta mempunyai latar belakang akademik tinggi.

"Semuanya bergantung kepada pucuk pimpinan dan sebagai Pengerusi Bersatu Selangor, saya akur dengan calon dipilih nanti.

Iklan

"Pengumuman siapa calon terbabit akan dibuat sehari atau dua hari ini sebelum hari penamaan calon,” katanya.

Sementara itu, Aminudin berkata, PH bersetuju untuk meletakkan calon Bersatu pada PRK Dun Semenyih.

"Kita ikut tradisi, sebelum ini yang menang akan meneruskan pertandingan mewakili PH di tempat tersebut.

"Secara asasnya kita serahkan kepada Bersatu untuk mengetuainya kerana Bersatu jadi calon yang menang dalam pilihan raya sebelum ini.

"Kita akan susun jentera dan umumkan pembentukan jawatankuasa daerah-daerah mengundi dari semasa ke semasa sebelum penamaan calon pada 16 Februari ini,” katanya.