Lelaki sesat daki Bukit Riping diselamatkan

Iklan
Mangsa ditemui selamat kira-kira jam 9.30 pagi tadi. - Foto Ihsan bomba

BENTONG - Seorang lelaki yang tersesat ketika mendaki Bukit Riping dekat Janda Baik di sini ditemui selamat pagi tadi.

Mangsa berusia 45 tahun itu tersesat selepas mendaki bukit tersebut pada pagi semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, Penguasa Kanan Zainal Abidin Nong Chik berkata, mangsa yang berasal dari Melaka itu ditemui dalam keadaan selamat dan keletihan oleh anggota penyelamat kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Menurutnya, seramai 43 orang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan anggota polis, bomba, bomba sukarela Janda Baik, jabatan hutan, penunjuk arah serta orang kampung.

Iklan
Mangsa ditemui selamat kira-kira jam 9.30 pagi tadi. - Foto Ihsan bomba

"Mangsa yang dipercayai mendaki seorang diri ke bukit itu kira-kira jam 8.30 pagi tersasar dari trek asal selepas sistem pengesanan global (GPS) miliknya tidak dapat dibaca.

"Mangsa kemudiannya menghubungi pihak bomba kira-kira jam 3 petang untuk meminta bantuan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Katanya, operasi hari kedua hari ini bermula jam 7.30 pagi tadi dan SAR ditamatkan sebaik lelaki terbabit ditemui dengan selamat.