Tambat kerusi, meja restoran supaya SOP dipatuhi
Iklan
Pendekatan menambat kerusi dan meja di Restoran Nasi Kandar Pelita untuk memastikan penjarakan fizikal dalam kalangan pelanggan diamalkan.
BUKIT MERTAJAM - Tambat kerusi dan meja untuk pastikan pelanggan mengamalkan penjarakan fizikal ketika menikmati hidangan di dalam restoran.
Pendekatan kreatif itu dilakukan pengurusan Restoran Nasi Kandar Pelita Autocity di sini agar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dapat dipatuhi selain mahu memberi keselesaan kepada semua pelanggan.
Iklan
Iklan
Pengarah Pelita Samudera Sdn Bhd, Azeem Qusairy Bardril berkata, idea berkenaan tercetus selepas pihaknya mendapati ada segelintir pelanggan yang sesuka hati mencantumkan meja dan menarik kerusi termasuk melepak beramai-ramai tanpa menghiraukan penjarakkan fizikal yang perlu diamalkan.
Azeem Qusairy (kiri) menunjukkan pendekatan yang digunakan di Restoran Nasi Kandar Pelita untuk memastikan penjarakan fizikal dalam kalangan pelanggan diamalkan.
Menurutnya, berlaku beberapa insiden pertengkaran sebelum ini selepas pekerja restoran menegur pelanggan supaya tidak mengubah meja dan kerusi.
Iklan
"Bagi menyelesaikan isu berkenaan kami mengambil keputusan untuk melakukan normal baharu di premis makanan dengan mengikat dua kerusi pada satu meja malah meja juga tidak boleh diangkat atau diubah sesuka hati.
"Menjadi tanggungjawab kami dalam memastikan keselamatan pelanggan setia kami dijaga selain mahu semua SOP yang ditetapkan kerajaan dipatuhi," katanya.
Iklan
Terdahulu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud membuat lawatan ke restoran berkenaan bagi melihat secara dekat pendekatan kreatif yang digunakan Restoran Nasi Kandar Pelita.
Rozali melihat salah satu meja yang telah diikat dengan dua kerusi di Restoran Nasi Kandar Pelita untuk memastikan penjarakan fizikal dalam kalangan pelanggan diamalkan.
Dalam lawatan itu, Rozali turut menyampaikan sijil penarafan kebersihan premis makanan untuk restoran berkenaan yang mendapat penarafan A iaitu sangat bersih.
Mengulas lanjut mengenai kaedah yang digunakan di restoran berkenaan, Azeem Qusairy berkata, sebelum ini restoran berkenaan boleh memuatkan seramai 192 pelanggan untuk satu masa.
Bagaimanapun selepas susun letak baharu kerusi dan meja dibuat hanya boleh membenarkan 60 pelanggan makan di dalam restoran.
Beliau berkata, pendekatan ini akan turut dilakukan di semua rangkaian restoran mereka di seluruh Malaysia.
"Kita telah laksanakan pendekatan ini sejak beberapa bulan lalu dan mendapat reaksi positif pelanggan walaupun mereka hanya dibenarkan duduk dua orang untuk satu meja.
"Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, kita benarkan untuk mereka makan bersama namun pelanggan perlu memastikan jarak 1 meter dengan meja pelanggan lain," katanya.
Sementara itu, Rozali yang turut meninjau langkah keselamatan dan kebersihan restoran itu pagi tadi memuji tahap pematuhan dan beliau berharap lebih ramai pengusaha lain dapat mencetuskan idea kreatif dalam memastikan penjarakkan fizikal dalam premis makanan dapat dipatuhi.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam